Penjara.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Dunia Penjara Orang Mukmin

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الدُّنْيَا سِجْنُ الْمُؤْمِنِ وَجَنَّةُ الْكَافِرِ

Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.” (HR Muslim No : 5256) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

  1. Mengikut Imam Nawawi, setiap mukmin dipenjara dan dihalang di dunia daripada sahwat yang haram dan makruh. Mukmin juga dituntut melaksanakan ketaatan walaupun berat.
  2. Seorang Mukmin tidak boleh melakukan sesuatu mengikut sesuka hati mereka. Ada perkara yang dibenarkan untuk dilakukan dan ada juga perkara yang dilarang oleh syarak. Diibaratkan seperti orang yang berada di dalam penjara, ada yang boleh dilakukan dan ada yang dihalang.
  3. Mukmin yang ingin kebaikan di dunia dan akhirat wajib mengikut peraturan dan sistem yang telah ditentukan oleh Allah dan Rasul. Wajib berpegang teguh dengan prinsip yang telah ditetapkan oleh al-Quran dan Hadis.
  4. Bagi orang kafir, mereka bebas melakukan apa sahaja yang mereka inginkan tanpa mengambil kira dosa dan pahala. Mereka diumpamakan hidup didunia ini seperti syurga.
  5. Mukmin diingatkan jangan terpedaya dengan nikmat dunia sehingga lupa nikmat akhirat. Kita tidak dilarang menikmati kehidupan di dunia dan rezeki yang baik asalkan sesuai dan tidak bercanggah dengan disyariatkan Islam.

05hb Dis 2020
19hb Rabiul Akhir 1442H

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s